LGBT perlu hormati hak, sensitiviti golongan majoriti - Utusan Malaysia

LGBT perlu hormati hak, sensitiviti golongan majoriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) diingatkan untuk menghormati sensitiviti dan hak kelompok majoriti masyarakat di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh. 

Beliau berkata, adalah penting untuk kerajaan hari ini melindungi sensitiviti dan suara majoriti berhubung  isu tersebut terutamanya para ibu bapa yang risau anak mereka akan terpengaruh dengan gaya hidup sebegitu sekiranya ia dipromosikan secara umum.

“Apabila golongan LGBT bercakap mengenai hak asasi manusia, kita menghormati hak mereka, tetapi dalam masyarakat ada banyak kelompok lain yang turut mempunyai hak* majoriti masyarakat di negara ini tidak mahu budaya tersebut dipromosikan secara umum,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Fuziah berkata demikian ketika mengulas arahan penurunan dua potret aktivis LGBT pada pameran fotografi ‘Stripes and Strokes’ bersempena Festival Georgetown, Pulau Pinang.

“Apabila kita suruh turunkan (potret aktivis) bukan bermaksud kita mendiskriminasi mereka, kita hormat tetapi bukan sehingga kita mempromosi dan mengiktiraf mereka seolah-olah majoriti di negara ini tidak mempunyai suara,” katanya. – Bernama
 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×