NEW YORK 12 Ogos – Biro Siasatan Persekutuan (FBI) semalam mencari motif di sebalik tindakan seorang kakitangan syarikat penerbangan mencuri dan menerbangkan sebuah pesawat tanpa penumpang dari lapangan terbang Seattle sebelum jet itu terhempas, kelmarin. Insiden yang mencetuskan situasi keselamatan itu memaksa pihak berkuasa mengerah dua jet pejuang F-15 dari Oregon untuk memintas pesawat terbabit jauh daripada kawasan kediaman. Sekutu syarikat penerbangan Horizon, Alaska Airlines berkata, suspek yang merupakan seorang…










