KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki terpaksa menyambut Hari Raya Aidiladha di penjara setelah dijatuhi hukuman 12 tahun penjara dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas kesalahan memiliki 96.88 gram dadah jenis methamphetamine dua tahun lalu. Hakim Datuk Zainal Azam Ab. Aziz memerintahkan demikian selepas Mohd. Hakimin Kamarudin, 28, yang bekerja sendiri membuat pengakuan bersalah apabila pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 39(A) 2 Akta Dadah Berbahaya 1952 dibacakan.…










