KUALA LUMPUR 4 Ogos – Selepas dilaporkan golongan yang mengamalkan aktiviti seks songsang membabitkan homoseksual dan biseksual menjadi faktor tertinggi penularan HIV, namun apa yang membimbangkan apabila pecahan kaum menunjukkan orang Melayu paling ramai dijangkiti virus berkenaan sepanjang 2017. Lebih mengejutkan, mengikut pecahan kaum, 54 peratus mewakili 1,800 individu daripada 3,347 jumlah keseluruhan kes baharu penghidap HIV merupakan orang Melayu. Jumlah itu lebih dua kali ganda lebih tinggi berbanding kaum…