KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 58 tahun maut setelah digilis sebuah treler seberat 16 tan dalam satu kemalangan di susur keluar selepas Bulatan Kampung Pandan menghala ke Jalan Tun Razak di sini hari ini. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian sekitar pukul 2.05 petang itu, mangsa, Ong Kim Hong, 58, sedang menunggang motosikal seorang diri di lorong kiri jalan. “Sebaik…