KUANTAN – Tertarik dengan tawaran pelaburan minyak dan gas menyebabkan seorang pekerja syarikat pengurusan air kerugian RM23,290 apabila pulangan yang diharapkan tidak seperti yang dijanjikan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa yang berusia 56 tahun mendakwa diajak menyertai pelaburan itu oleh seorang lelaki yang dikenalinya pada 22 Januari lepas. Katanya, lelaki yang dikenali menerusi pelaburan e-dagang itu telah memperkenalkan mangsa dengan seorang wanita…










