KONSERT Festival Muzik K-Wave 3 berjaya menarik lebih 7,000 penonton menyaksikan persembahan memukau daripada bintang terkenal Korea Selatan. Menjadi tarikan utama pada acara yang berlangsung pada Sabtu, 18 Ogos lalu di Stadium Malawati, Shah Alam ialah kumpulan FT Island. Pengalaman lebih sedekad dalam industri hiburan membuatkan perhatian khalayak lebih tertumpu kepada mereka biarpun kumpulan tersebut menjadi artis terakhir membuat persembahan. Mendendangkan sebanyak enam buah lagu, kumpulan yang dianggotai oleh Lee…










