KUALA LUMPUR 5 Julai – Kemalangan jalan raya melibatkan ambulans yang berlaku sejak kebelakangan ini telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang awam tentang tahap keselamatan perjalanan ketika kecemasan Sehubungan itu, Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Tan Sri Lee Lam Thye mencadangkan agar pemandu ambulans diberikan latihan khusus berhubung teknik memandu ambulans. “Latihan boleh diberikan secara amali dan menggunakan simulator pemanduan agar situasi pemanduan yang mencabar boleh…