PUTRAJAYA 16 Ogos – Kementerian Wilayah memberi tempoh selewat-lewatnya awal bulan hadapan untuk lantikan-lantikan politik kerajaan terdahulu dalam agensi-agensi kementerian berkenaan meletakkan jawatan. KHALID ABD. SAMAD Menterinya, Khalid Abd Samad berkata, setakat ini, lantikan-lantikan politik kerajaan terdahulu yang telah meletakkan jawatan adalah Ahli-ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP). Ujar beliau, pihaknya berharap lantikan-lantikan politik dalam Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Perbadanan…










