PUTRAJAYA – Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) hari ini menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya modul kursus yang dihadiri hakim-hakim beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) Mei lalu, berunsur politik dan bertujuan mengdoktrin pemikiran hakim-hakim. PKPMP dalam satu kenyataan akhbar hari ini menjelaskan, bahawa kursus yang dinamakan “Program Latihan Transformasi Negara” itu telah dirancang lebih awal dan hanya secara kebetulan sahaja ia dijalankan sebelum PRU14. “Modul kursus ini adalah…










