KUALA LUMPUR 25 Ogos – Keputusan Istana Negara untuk tidak menganugerahkan darjah kebesaran ketika sambutan ulang tahun keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada 9 September ini adalah tepat kerana sudah terlalu ramai individu menerima anugerah-anugerah tersebut. Tokoh bahasa dan budaya, Profesor Datuk Dr. Nik Safiah Karim berkata, langkah mengurangkan penerima anugerah tersebut adalah baik bagi memastikan penerima anugerah tersebut dipandang tinggi oleh masyarakat. “Sekarang ini ramai sangat…










