BEKASI, Indonesia – Pengendali skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee optimis jurang kualiti bola sepak melibatkan pasukan Malaysia dan Jepun sudah tidak terlalu ketara selepas menyaksikan barisan pemainnya tewas bermaruah 0-1 kepada skuad Samurai Biru pada Sukan Asia 2018 kelmarin. Pada saingan yang berlangsung di Stadium Patriot Chandrabhaga itu, skuad muda Harimau Malaya terpaksa akur dengan kekuatan Jepun yang meraih gol tunggal hasil jaringan penalti Ayase…










