PONTIAN 20 Ogos – Sebanyak 759 kawasan rukun tetangga (KRT) di negeri ini diminta menghiasi kawasan masing-masing dengan kibaran Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kebangsaan pada setiap tahun. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Md. Farid Md. Rafik berkata, KRT merupakan organisasi yang penting bagi terus memainkan peranan sebagai ejen perpaduan dan kesejahteraan sosial. Beliau berkata, peranan itu bukan sahaja di negeri ini, malah di seluruh negara yang melibatkan…










