KUALA LUMPUR 29 Ogos – Pembukaan Bilik Bitara Kriket oleh Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Putra Perdana, Puchong dekat sini hari ini jelas menandakan komitmen sekolah itu untuk mengangkat sukan berkenaan sebagai identiti kecemerlangannya. Guru Besarnya, Rohaidah Mohd. Ali berkata, bilik khas itu merupakan usaha pihaknya untuk memperkenalkan kriket kepada warga sekolah dan masyarakat setempat di mana ia menawarkan pelbagai info berkaitan di samping memaparkan pencapaian pasukan sekolah. Menurut beliau, sejajar…










