ISU guru terbeban dengan pelbagai tugas tambahan bermula sejak sistem Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi memenuhi keperluan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 diperkenalkan sehingga mengakibatkan kelompok tersebut hilang fokus untuk mendidik dan mengajar. HARRY TAN HOCK HUAT Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Harry Tan Huat Hock, yang menyifatkan guru diminta menyediakan laporan pentaksiran dan penilaian bagi membangunkan modal insan yang seimbang sepertimana dihasratkan…










