Kouyate timba pengalaman 
bersama Crystal Palace - Utusan Malaysia

Kouyate timba pengalaman 
bersama Crystal Palace

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Crystal Palace berjaya menandatangani Cheikhou Kouyate daripada musuh tradisi, West Ham dengan harga serendah £9.5 juta (RM50.6 juta) menerusi kontrak selama empat tahun.

Pemain antarabangsa Senegal mengakui penghijrahannya itu akan menjadi ‘batu loncatan’ kepadanya untuk kembali membina reputasi sebenar selepas gagal menyerlah di West Ham.

“Saya sangat gembira walaupun perlu mengambil masa yang lama untuk dinobatkan secara rasmi sebagai pemain Palace. Saya sudah tidak sabar lagi untuk berjumpa de­ngan rakan sepasukan saya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini adalah masa yang sesuai untuk saya berhijrah kerana saya adalah pemain yang suka dengan cabaran baharu. Saya meraih pengalaman berharga di West Ham dan akan gunakan ia di sini.

“Saya sudah bercakap dengan pengurus (Roy Hodgson) dan dia mengakui saya te­lah membuat keputusan yang tepat. Palace akan melakukan beberapa projek yang hebat dalam beberapa tahun akan datang,” katanya.

Selain pemain ber­usia 28 tahun itu, Pa­lace dilaporkan bakal mencipta lebaran baharu apabila berjaya mencapai persetujuan untuk membawa pemain bintang Jerman, Max Meyer secara percuma dalam masa terdekat.

Sebagai rekod, Kou­yate beraksi sebanyak 129 perlawanan bersama The Hammers dan berjaya meledakkan 12 gol secara keseluruhan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×