PADA pagi itu, sepasang tangan Aslina Salleh, 53, yang menyarung plastik lutsinar kelihatan cermat menguli adunan pastri yang kemudiannya ditimbang satu persatu untuk dijadikan kulit kuih bulan di satu sudut dapur kedai bakeri di Kajang, Selangor. Meja panjang tempatnya bekerja pada ketika itu dipenuhi dengan beberapa dulang lain berisi inti kuih sebesar penumbuk yang disediakan lebih awal pada sebelah malam. Usai melakukan tugas menguli, dia kemudiannya menyatukan kulit dan inti…

 
								 
											









