PAGI yang hening dengan titisan hujan menambah kesayuan hati. Semalaman tidak dapat melelapkan mata. Berita itu mengundang gelisah hingga ke pagi. Musnah segala harapan dan impian untuk melengkapkan perubahan . Dalila mengimbau kembali kenangan sepanjang tiga tahun lalu. Bagaikan melihat dirinya sendiri di dalam filem yang diulang tayang, timbul kekesalan di hatinya. Dia ditakdirkan memiliki rupa paras yang menarik tetapi naif, membuat ramai lelaki mengambil kesempatan. Sikap Dalila yang lurus…










