PARIT BUNTAR 19 Ogos – Rakyat digesa turut serta meraikan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini atas semangat cintakan tanah air dengan pelbagai cara terutamanya mengibarkan Jalur Gemilang. Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan negeri, Abdul Yunus Jamhari berkata, meraikan hari kebangsaan penting sebagai menghargai pengorbanan orang terdahulu yang memperjuangkan kemerdekaan negara. “Rasa sayangkan negara perlu ada dalam diri setiap rakyat dan mengisi makna kemerdekaan serta mengenang pengorbanan datuk…










