KUALA LUMPUR 1 Ogos – Tindakan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenepikan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng daripada menjadi Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mencetuskan persoalan mengenai bidang kuasa Kementerian Kewangan. ONG CHONG SWEN Naib Pengerusi Wanita MCA, Senator Datuk Ong Chong Swen berkata, menurut Akta Menteri Kewangan (Diperbadankan) 1957, Khazanah sebagai sayap pelaburan kerajaan adalah sebahagian daripada perbendaharaan negara. Sehubungan itu, katanya, apabila Perdana Menteri mahu…










