JAKARTA 29 Ogos – Pesilat negara, Mohd. Khaizul Yaacob menyumbang pingat perak dalam Kelas J Sukan Asia 2018 yang berlangsung di Padepokan Pencak Silat Taman Mini Indonesia, Jakarta Timur, di sini sebentar tadi. Dalam aksi itu Mohd. Khaizul tewas kepada Nguyen Van Tri dari Vietnam dengan keputusan 0-5. Mohd. Khaizul juga dikenakan penalti tiga mata kerana melakukan beberapa kesalahan terhadap lawan – UTUSAN ONLINE










