PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) akan membuat keputusan berhubung kedudukan Mohd. Nidzam Adzha Yusoff sebagai ketua jurulatih skuad Helang Merah esok. Naib Presiden KFA, Khamal Idris Ali (gambar kecil) berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam satu mesyuarat yang akan berlangsung di Alor Setar. Kata beliau, mesyuarat tersebut juga akan membincangkan tentang perancangan dan isu-isu semasa badan induk bola sepak negeri itu. “Kedudukan Mohd. Nidzam selaku pengendali pasukan akan ditentukan dalam mesyuarat itu selain memberikan fokus kepada pasukan dalam menghadapi saingan Piala Malaysia musim ini,” katanya ketika dihubungi di Alor Setar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya