Di Eropah, terdapat satu bangsa yang dinamakan Celtic yang mendiami kawasan barat benua itu. Enam kawasan utama bangsa tersebut ialah di Wales, Scotland, Cornwall, Ireland, Isle of Man dan Brittany yang meliputi dua negara iaitu Britain serta Perancis. Setiap tahun bertempat di Lorient, Brittany, Perancis, bangsa Celtic daripada pelbagai wilayah itu akan berhimpun untuk mempamerkan variasi kebudayaan tradisi bangsa mereka meliputi pakaian, tarian, muzik dan gastronomi. Tahun ini tidak terkecuali…










