Ketua Polis Negara puas hati tahap kawalan keselamatan Equanimity - Utusan Malaysia

Ketua Polis Negara puas hati tahap kawalan keselamatan Equanimity

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 7 Ogos – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meletakkan pegawai dan anggota mencukupi bagi memastikan tahap kawalan keselamatan kapal Equanimity dalam keadaan terbaik sepanjang berlabuh di Terminal Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang di sini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, setakat ini tahap keselamatan berada dalam keadaan terbaik dan beliau berpuas hati dengan kawalan pihak berkuasa.

“Saya datang sini hanya untuk melakukan pemeriksaan dan berbincang tahap keselamatan bersama beberapa agensi yang terlibat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat kapal tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau meluangkan masa selama 30 minit bagi melihat sendiri keadaan kapal itu termasuk di bahagian dalamannya.

Turut mengiringi beliau adalah Timbalannya, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Mohamad Fuzi bagaimanapun enggan mendedahkan keadaan dalam kapal tersebut kepada pihak media.

“Ya, saya ada masuk dalam kapal itu namun tidak elok untuk saya menerangkannya,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×