TALLINN 16 Ogos – Ketiadaan Cristiano Ronaldo dan Zinedine Zidane menyaksikan Real Madrid seakan bergelut selepas penyandang johan Liga Juara-Juara tiga kali berturut-turut itu kecundang pada masa tambahan kepada musuh tradisi Atletico Madrid 2-4 dalam saingan Piala Super EUFA, hari ini. Selepas ketinggalan menerusi ledakan gol pembukaan Diego Costa, jaringan Karim Benzema dan Sergio Ramos seakan memberikan Real ‘satu kaki’ untuk menjuarai perlawanan, namun Atletico masih enggan mengangkat bendera putih.…










