KUALA LUMPUR – Pekarangan luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dipenuhi pengamal media pelbagai agensi seawal pukul 5 pagi bagi mengikuti sekali lagi prosiding pendakwaan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak. Bekas Perdana Menteri itu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini berhubung tiga pertuduhan penggubahan wang haram. Tiga pertuduhan itu membabitkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA) yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5 juta atau penjara lima tahun atau…