PUTRAJAYA 25 Ogos- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan keranda yang diperbuat daripada kayu serta makanan bayi akan dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri T. Subromaniam berkata, penafian itu dibuat sebagai maklum balas kepada kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong. “Kenyataan Ka Siong bertajuk ‘Balakong by-election: Cheras voters spoilt for choice in Thursday night ceramahs’ disiarkan oleh…










