KUALA LUMPUR 28 Ogos – Perdana Menteri berkata, terdapat pihak yang bersedia membangunkan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) pada kos serendah RM10 bilion. Tidak menamakan pihak berkenaan, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan, kerajaan sudah tentu akan menimbangkan pilihan yang lebih murah kerana tidak cerdik kalau menghiraukannya. “Ada yang kata mereka boleh buat ECRL dengan RM10 bilion bukannya RM55 bilion. Sesetengahnya syarikat China, ada juga syarikat tempatan. Kita perlu…










