BALAKONG – Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerlukan lebih banyak masa untuk membetulkan begitu banyak amalan salah yang telah dilakukan oleh pentadbiran terdahulu. Beliau berkata kerajaan baharu serius mahu menghapuskan salah guna kuasa, rasuah dan ketidaksamarataan selama 60 tahun tetapi ia tidak dapat dilakukan dalam “dua hari”. “Bagi membolehkan Malaysia baharu menyaksikan perubahan sebenarnya, kami perlukan lebih banyak masa untuk melakukannya. Amalan rasuah, salah…