Kerajaan negeri kaji laksanakan projek tebatan banjir 'pipi monyet' - Utusan Malaysia

Kerajaan negeri kaji laksanakan projek tebatan banjir ‘pipi monyet’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 9 Ogos – Kerajaan negeri sedang mengkaji untuk melaksanakan projek tebatan banjir ‘pipi monyet’ seperti yang telah dilaksanakan di Bangkok, Thailand.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir negeri, Zairil Khir Johari berkata, ini kerana projek berkenaan sangat menarik kerana mempunyai pelbagai fungsi.

Menurut Zairil, beliau telah melawat Thailand baru-baru ini dan telah diberi taklimat berkenaan penggunaan tangki takungan air bawah tanah yang dipanggil ‘kaem ling’.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perkataan itu membawa masuk pipi monyet dan analoginya ialah, apabila seekor monyet sedang makan pisang, spesies berkenaan akan terus memenuhkan mulutnya dengan buah itu dan kemudian mengunyah secara perlahan-lahan bagi mengelakan dirampas monyet lain,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Zairil (DAP-Tanjung Bunga) berkata, ia bertepatan dengan teknologi yang mahu dilaksanakan iaitu apabila hujan, tangki yang dibina akan ‘disumbat’ sebanyak mungkin air sebelum dilepaskan secara perlahan-lahan melalui pam ke sungai.

“Konsep ini telah dilaksanakan di beberapa buah negara cuma saya mendapati kos untuk membina tangki bawah tanah adalah tinggi iaitu melebihi RM300 juta,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×