PUTRAJAYA – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini mendedahkan kerajaan terdahulu gagal mengembalikan cukai pendapatan dan cukai keuntungan hartanah terlebih bayar berjumlah RM16.04 bilion yang tertunggak sejak lebih enam tahun hingga 31 Mei lalu. Katanya, jumlah itu melibatkan 1,653,786 kes merangkumi syarikat, individu, persatuan dan yayasan yang tidak menerima bayaran balik cukai terlebih bayar mereka daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), disebabkan oleh kekurangan pindahan hasil cukai langsung…










