PUTRAJAYA – Kementerian Industri Utama akan terus giat mempromosikan minyak sawit Malaysia ke dalam pasaran berpotensi susulan cadangan Kesatuan Eropah untuk menghentikan penggunaan minyak sawit bagi sektor pengangkutan menjelang 2030. Menterinya, Teresa Kok Suh Sim berkata, Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) sedang berunding dengan Filipina, Turki, Iran dan negara Afrika. “Pasaran baharu ini mempunyai potensi yang amat besar dan belum dimanfaatkan. Susulan langkah EU itu, Malaysia perlu meneroka dan mengurangkan…










