KABUL 19 Ogos- Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani mengisytiharkan gencatan senjata sementara dengan Taliban menerusi kenyataanya dalam siaran televisyen namun berkata gencatan senjata akan dibuat sekiranya pemberontak turut bersetuju. Tindakan ini juga bersempena cuti Aidil Adha yang disambut umat Islam di seluruh dunia. Pengumuman itu dibuat ketika pertempuran hebat dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini, terutama di bandar Ghazani. “Gencatan senjata bersyarat ini akan bermula esok dan ia akan diteruskan selagi puak Taliban mengekal dan menghormatinya,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Kemerdekaan Afghanistan. -AFP/REUTERS
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya