JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah perubahan tampuk kepimpinan di negeri ini bukan bermakna wujudnya sebuah kerajaan yang baharu sebaliknya hanya barisan kepimpinan baharu atau ruling government. Baginda bertitah, barisan kepimpinan baharu itu yang mentadbir kerajaan Johor adalah dengan asas dan tujuan yang sama iaitu menjamin kemakmuran negeri dan kesejahteraan hidup rakyat Johor. “Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor yang ke-14 ini melakar satu sejarah kerana pertama…










