Kepimpinan baharu dengan asas pentadbiran yang sama - Sultan Ibrahim - Utusan Malaysia

Kepimpinan baharu dengan asas pentadbiran yang sama – Sultan Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 9 Ogos – Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, perubahan tampuk kepimpinan di negeri ini bukan bermakna wujudnya sebuah kerajaan yang baharu sebaliknya hanya barisan kepimpinan baharu atau ruling government.

Baginda bertitah, barisan kepimpinan baharu itu yang mentadbir kerajaan Johor adalah dengan asas dan tujuan yang sama iaitu menjamin kemakmuran negeri dan kesejahteraan hidup rakyat Johor.

“Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor yang ke-14 ini melakar satu sejarah kerana pertama kalinya telah berlaku perubahan yang menyeluruh kepada barisan kepimpinan kerajaan negeri apabila majoriti Ahli Dewan di sini mewakili parti gabungan Pakatan Harapan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“ Suka saya ingatkan bahawa jawatan yang diberikan itu mempunyai tanggungjawab besar dan mesti dipikul dengan jujur dan amanah,” titah baginda.

Sultan Johor bertitah demikian semasa merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×