KUALA LUMPUR – Bermula dengan ungkapan kasar berbunyi ‘kepala bapak’ yang terpacul daripada seorang Ahli Parlimen, suasana dalam Dewan Rakyat semalam menjadi gamat hingga mendorong salah seorang Ahli Parlimen lain mengeluarkan kata-kata yang lebih kesat. Kejadian itu berlaku selepas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming menjawab soalan Datuk Seri Hamzah Zainudin (BN-Larut) yang bertanya mengenai pelaburan langsung luar ke Malaysia. RSN Rayer (DAP-Jelutong) kemudian bangun untuk mengemukakan…










