HARI ini adalah hari wukuf iaitu kemuncak bagi ibadat haji. Dianggarkan 3.2 juta umat Islam dari seluruh dunia termasuk Malaysia berkumpul di Arafah bagi menentukan sahnya ibadat haji masing-masing. Ini kerana tanpa wukuf ibadat haji akan menjadi sia-sia dan Rasulullah ketika ditanya mengenai ibadat haji bersabda: “Haji itu adalah Arafah (wukuf di Arafah).” Wukuf atau Hari Arafah adalah gambaran Padang Masyhar yang semua makhluk dikumpulkan sebelum ke syurga atau neraka untuk umat manusia…










