KUCHING – Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidiladha yang disambut sebuah keluarga di Kampung No.5, Jalan Datuk Ajibah Abol di sini bertukar sebaliknya apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran, hari ini. Dalam kebakaran kira-kira pukul 2.04 petang itu, sebuah rumah kayu setingkat yang didiami sembilan sekeluarga terbabit telah musnah terbakar 100 peratus. Pemilik rumah berkenaan, Saodah Asma, 60-an, berkata, semasa kejadian dia bersama cucunya sedang menonton televisyen. Bagaimanapun katanya, dia dikejutkan…