KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan akan memberi kerjasama bagi melicinkan proses dan merealisasikan penubuhan Universiti Johor, kata Menteri Pendidikan, Maszlee Malik. Mengalu-alukan inisiatif murni dalam merealisasikan penubuhan universiti yang diharap menjadi sebuah pusat pengajian tinggi terkemuka negara, Maszlee berkata, beliau berpeluang menghadiri sesi perbincangan mengenainya baru-baru ini. “Kementerian Pendidikan telah terlibat secara langsung dalam menyumbang tenaga pakar kepada Jawatankuasa Sekretariat dan Jawatankuasa Pemandu penubuhan Universiti Johor,” katanya kepada Bernama. Berdasarkan…










