KOTA BHARU 14 Ogos – Kenyataan terbuka pegawai perubatan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Dr. Nur Ilyani Mohamed Nawawi yang tidak mengiktiraf perlakuan seks bebas dan songsang merupakan salah satu bentuk dakwah kepada masyarakat. Bapa Dr Nur Ilyani, Mohamed Nawawi Mohamad Zain berkata, kenyataan itu secara tidak langsung telah memberikan pendidikan kepada masyarakat tentang kesan perlakuan tersebut yang terang-terangan bercanggah dengan agama Islam dan normal sebagai manusia. Menurutnya,…










