ISTILAH ‘Malaysia Baharu’ menjadi sebutan pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) oleh banyak pihak. Masing-masing mahu memberikan definisi baharu terhadap keperluan hala tuju perjalanan negara ini dibentuk. Namun, ia juga menjadi rebutan segelintir pihak dan menganggap peluang terbuka berkonsepkan inklusif ini untuk mengemukakan agenda tersendiri. Ini termasuk usaha mengangkat wacana tentang perjuangan komunisme dalam konteks gerakan bersenjata yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) ketika Darurat dari 1948 hingga 1960. Tanpa…










