Kelindan tersepit putus kaki - Utusan Malaysia

Kelindan tersepit putus kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS 10 Ogos – Seorang kelindan menghadapi detik mengerikan apabila kakinya putus selepas lori dinaikinya merempuh sebuah treler di Kilometer 85, Jalan Lipis-Merapoh di sini hari ini.

Mangsa, Mohamad Asyraf Zakaria, 22, putus kaki kiri selepas tersepit di dalam lori yang remuk teruk akibat rempuhan kuat itu dalam kejadian pukul 6 pagi.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Azry Akmar Ayob berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama rakannya yang memandu lori berkenaan dalam perjalanan membawa muatan isi ayam dari Kelantan ke Kuala Lumpur.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sampai di tempat kejadian, pemandu lori yang dipercayai me­ngantuk melanggar belakang sebuah treler dipandu seorang lelaki dari arah sama menuju ke Kuala Lumpur.

“Akibat kejadian itu menyebabkan lori berkenaan terbalik dan kelindan lori mengalami cedera parah selepas putus kaki kiri, manakala pemandu lori hanya cedera ringan,” katanya di sini.

Azry Akmar memberitahu, pe­mandu treler berkenaan tidak mengalami sebarang kecede­raan dan mangsa yang dihantar ke Hospital Gua Musang, Kelantan untuk rawatan lanjut berada dalam keadaan stabil, manakala pemandu lori mendapat rawatan luar di hospital sama.

Dalam pada itu katanya, berdasarkan siasatan awal, pihaknya percaya kejadian berpunca akibat pemandu lori berkenaan memandu dalam keadaan mengantuk.

“Siasatan masih dilakukan dan semasa kejadian kawasan jalan berkenaan adalah gelap dan tidak mempunyai lampu jalan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini