KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan memohon kerajaan Persekutuan agar tidak tergesa-gesa untuk membatalkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, ini bagi mengelakkan kerajaan persekutuan membayar pampasan yang jauh lebih tinggi berbanding kos projek jika ECRL dibatalkan. “Kalau boleh semak baliklah, jangan tergesa-gesa… mungkin walaupun ada positif dan negatif dalam hal ini, pada pandangan kita aspek positif lebih banyak sebab itu kita…










