KUALA LUMPUR 17 Ogos – Kelantan mencipta kejutan apabila menumpaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) 1-0 dalam aksi Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Sultan Mohamad IV, sebentar tadi. Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Cristiano Santos pada waktu kecederaan hasil sepakan penalti. Kemenangan tersebut membolehkan skuad kendalian Yusri Che Lah naik ke tangga kedua hasil empat mata di belakang pendahulu, MISC-MIFA dengan enam mata. Dalam satu lagi aksi Piala Malaysia menyaksikan…










