SAUDARA PENGARANG, KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama kementerian lain yang berkaitan perlu bekerjasama bagi mengkaji secara menyeluruh undang-undang mengehadkan usia minimum perkahwinan lelaki dan perempuan. Buat masa ini, di bawah Akta Perkahwinan dan Perceraian 1976, kerajaan hanya membenarkan lelaki berumur 18 tahun dan perempuan 16 tahun sahaja bernikah. Jika ingin menaikkan had umur perkahwinan, dikhuatiri akan menimbulkan pelbagai masalah sosial yang semakin tenat seperti buang bayi, nikah tidak…










