KUALA LUMPUR – Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menggesa kerajaan mengecualikan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap kesemua tiket penerbangan domestik bagi memastikan negeri-negeri di Malaysia mendapat perhatian pelancong sebagai destinasi percutian. Presiden MATTA, Datuk Tan Kok Liang, dalam satu kenyataan berkata, pengecualian ini akan membolehkan kerajaan mengutip lebih banyak Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) melalui perbelanjaan yang tinggi terhadap barangan dan perkhidmatan serta memberikan manfaat kepada negeri-negeri berkenaan dan…










