BEIJING 21 Ogos – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terang-terangan mengkritik rundingan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak dengan syarikat China sebagai sangat bodoh. Dr. Mahathir berkata, negara ini tidak pernah menyaksikan kebodohan sebegini dalam merundingkan hal kontrak. “Kebodohan sebegini tak pernah dilihat dalam sejarah Malaysia,” katanya sebagaimana dilaporkan oleh portal Malaysiakini pada sidang akhbar di sini. Mahathir dalam rangka…










