KUALA LUMPUR 17 Ogos – Gangguan bekalan menyaksikan Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang perlahan bagi suku kedua 2018 pada 4.5 peratus berbanding 5.8 peratus tahun lepas, yang mana jauh lebih rendah daripada dijangkakan ramai pakar ekonomi. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara tumbuh sebanyak 5.4 peratus pada suku pertama dan jangkaan sederhana pakar ekonomi bagi suku kedua ialah pada 5.2 peratus. Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus…










