KUALA LUMPUR 7 Ogos – Syarikat pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang baharu tampil menuntut kapal mewah The Equanimity yang berlabuh di Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang, tengahari tadi. Peguam yang dilantik kerajaan Malaysia mewakili 1MDB, Sitpah Selvaratnam berkata, syarikat 1MDB menuntut The Equanimity bagi membolehkan siasatan dijalankan. “Syarikat itu juga percaya bahawa dana mereka mungkin telah diseleweng sebelum ini dan dibelanjakan untuk membeli kapal yang didakwa menjadi milik…










