PUCHONG – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut ditetak bapa kandungnya di Flat Puchong Permai di sini petang semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 petang, pihak polis telah menerima panggilan daripada seorang lelaki mendakwa seorang kanak-kanak telah jatuh di tingkat empat blok 11A di flat berkenaan. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, pemeriksaan di lokasi kejadian menemui mayat kanak-kanak itu di hadapan sebuah rumah…










